Isnin

Kem Cuti Sekolah Mac Di Kedah 2013


KEM ANAK SOLEH & SMART SOLAT EDISI KEDAH 2013
Program kem cuti sekolah bulan MAC 2013 (3 hari 2 malam)
ke arah penerapan asas-asas awal pendidikan agama 




Tempat :
 Hotel Terap Inn, Kuala Nerang, kedah
Tarikh :
23, 24 dan 25 MAC 2013 (Cuti Sekolah Bulan Mac 2013)
 (Sabtu , Ahad dan Isnin)
Penyertaan :
 8 TAHUN HINGGA 16 TAHUN
(lelaki dan perempuan)
Harga :
RM 180.00 seorang atau
RM 170 seorang jika pendaftaran 3 orang berkumpulan

PENGISIAN MODUL :

Modul Fardhu Ain :
Menerapkan modul fardhu ain kepada peserta
 Modul Asas Iman dan Islam  :
 Mendedahkan mengenai pengenalan terhadap rukun islam dan rukun iman
Modul Celik Solat :
 Menerapkan tentang cara solat yang betul dan Kelebihan solat 
Modul Anak Soleh :
  Menerapkan cara untuk menjadi anak soleh / solehah yang disukai oleh semua
 Modul Celik Al Quran : 
Menerapkan konsep Al Quran dan kelebihanya dalam kehidupan
 Modul Hafazan :
Peserta akan di wajibkan menghafal surah-surah lazim yang akan diguna pakai di dalam solat
 Modul Celik  Sunnah :
Peserta akan di ajar supaya pentingnya mengamalkan sunnah di dalam kehidupan Seharian kerana dengan hanya mengikut sunnah nabi S.A.W akan mendapat kejayaan dalam kehidupan 
Modul Qiammullail :
Penerapan qiammullail kepada para peserta serta menerangkan kelebihannya
 Modul Doa Harian :
Penerapan tentang doa-doa harian yang perlu di amalkan (doa-doa basic)
 Modul Keberanian : 
Penekanan supaya berani dalam pelbagai aspek seperti keterampilan,bercakap, jitidiri, disiplin dan sebagainya 

 Modul Keinsafan :
Pelajar akan menghadiri satu slot tentang keinsafan merangkumi pelbagai aspek
 Modul Muhasabah Diri : 
Memberi kesedaran tentang pentingnya suruhan agama dan mentaati ibu ayah

BAYARAN TERMASUK :

  • Sijil Penyertaan 
  • Nota Kursus 
  • Alat Tulis 
  • Makan dan Minum (6 kali Sehari) 
  •  Fesilitator 
  •  Modul dan Aktiviti
Kelebihan yang ada di KEM KAMI :

  • BBQ  
  • Celik sifir
  • Game minda 
  • Fesilitator (bertauliah dan berpengalaman) 
  • Tempat selesa (Hotel)
  • Tempat selamat (Security Guard)
Antara Aktiviti Menarik Yang Mesti DICUBA:

  • Flying Fox 
  • Muhasabah Diri 
  • Ekplorace Solat 
  • Kembali Ke Pangkal Jalan 
  • Pengakuan Jujur Dan Ikhlas

Nak Sertai !!! 

 SMSKAN BUTIRAN ANAK KEPADA KAMI:

TAIP Nama, Umur , Alamat DAN HANTARKAN KE
017 773 5484 (Maxis) 
017 559 1720 , 019 4040 580 (Celcom)
ATAU HUBUNGI TERUS KE TALIAN 04 786 0639

Nak keterangan lebih lanjut 
Sila CLICK pautan di bawah :


LAMAN IKLAN KAMI 


LAMAN BLOG TERAP INN


PETA KE TEMPAT KAMI :


Peralatan yang perlu di bawa : 



  • Pakaian Solat seperti kopiah untuk lelaki atau telekung untuk perempuan
  • Pakaian sukan termasuk kasut sukan
  • Selipar dan kasut
  • Al - Quran atau Muqadam
  • Pakaian Harian
  • Tuala Mandi dan alatan mandi seperti berus gigi, sabun mandi dan lain-lain
  • Ubat-ubatan  (sekiranya mempunyai sakit-sakit tertentu)
  • Selimut


ANTARA GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI DAN TUJUANNYA :

Pengakuan Jujur dan Ikhlas:

Setiap peserta akan di minta untuk membayangkan panas api itu ialah pembalasan yang akan diterima sekiranya melakukan kesalahan. Dengan itu mereka akan diminta untuk membuat satu  pengakuan jujur dan ikhlas terhadap kesemua kesalahan yang pernah dilakukan dan     janji tidak akan mengulangi kesalahan itu lagi dan akan diserahkan kepada ibu bapa pada hari bertemu ibu dan bapa

Kembali Ke Pangkal Jalan:


Setiap peserta akan ditutup mata dan dibiarkan berjalan di dalam gelap menggunakan tali yang bercabang. Hanya satu cabang sahaja yang betul tetapi terdapat banyak cabang yang salah. Setiap peserta perlu mencari jalan yang betul dan jika salah mereka perlu ke  jalan utama untuk mendapatkan jalan yang betul. Aktiviti ini mengingatkan para peserta supaya setiap perbuatan dalam hidup mestilah mengikut cara yang betul (islam). Jika mereka tersilap mereka perlulah berundur(kembali ke pangkal jalan semula) dan mencari jalan petunjuk yang betul (bertaubat)

Muhasabah:

Menerusi slot ini, setiap peserta akan diminta untuk memperingati tentang perit jerih dan bertapa susahnya ibu bapa mereka untuk membesarkan mereka seterusnya menjaga serta membelai mereka. Selain itu peserta juga diminta untuk mengimbau kembali kesalahan yang telah mereka buat kepada ibu -bapa mereka dan sedikit peringatan tentang azab yang akan mereka hadapi sekiranya tidak meminta maaf kepada ibu bapa. Slot ini bertujuan supaya mereka sedar dan berubah serta dapat mentaati perintah allah dan berbuat baik kepada ibu bapa. 

Flying Fox:

Setiap peserta akan diterapkan sifat berani mencuba. Ini kerana kebanyakkan mereka ini takut untuk mencuba, tidak yakin pada diri sendiri dan mudah putus asa sedangkan perkara itu sebenarnya mudah. Aktivti ini mendedahkan mereka supaya berani untuk mencuba dan sekiranya gagal mereka perlulah mencuba untuk kali kedua dan seterusnya sehingga berjaya

Pembelajaran Menggunakan Tayangan Slide:

Setiap peserta akan belajar secara tanyangan slide dan sistem audio serta pembelajaran menggunakan teknik terbaru supaya peserta tidak berasa bosan mahupun mengantuk. Selain itu, teknik pembelajaran menggunakan tayangan video dan memperbanyakkan game berkaitan slot yang ingin ditekankan akan memberikan ingatan yang lebih dan mudah untuk difahami oleh para peserta berbanding hanya mengikuti slot ceramah

Hafazan:

Setiap peserta akan diminta untuk menghafal surah-surah lazim supaya ianya dapat dibaca ketika menunaikan solat fardu mahupun solat sunat. Sekiranya surah-surah lazim sudah dihafal, mereka akan diminta untuk menghafal surah yang lain pula

Senaman Pagi:

Sebelum memulakan aktiviti pembelajaran setiap peserta diminta untuk menjalani aktiviti  senaman pagi supaya peserta berada di dalam keadaan cerdas dan cergas bagi memudahkan mereka untuk menerima setiap pembelajaranotak  dengan senang dan cepat kerana "akal yang cerdas lahir daripada badan yang sihat". Selain itu, pihak kami juga dapat memantau sekiranya terdapat mana-mana peserta yang sakit atau tidak sihat

Permainan Minda:

Peserta akan didedahkan dengan permainan minda yang memerlukan daya pikir yang tinggi dalam menyelesaikan setiap tugasan yang diberi disamping melatih semangat kerjasama yang erat dikalangan peserta. Aktiviti ini dapat memupuk hubungan silaturrahim sesama ahli kumpulan 

Praktikal:

Setiap peserta perlu melakukan setiap aktiviti praktikal untuk mempraktikkan setiap apa yang telah mereka pelajari semasa sesi slide. Peserta ini akan dipantau oleh fesi semasa aktiviti ini dijalankan. Ianya bertujuan supaya setiap peserta dapat memperingati dan setiap kesalahan dapat dikesan oleh fesi seterusnya memperbaiki kesalahan itu supaya ianya tidak berulang kembali

Malam Kesenian:

Setiap Kumpulan perlu membuat satu persembahan pada malam yang terakhir. Aktiviti ini bertujuan untuk melatih mereka supaya mempunyai sifat berani untuk kehadapan berada dikhalayak ramai dan juga berani melakukan sesuatu tanggungjawab yang telah diberikan kepada mereka selain mewujudkan kesefahaman di kalangan peserta. Selain itu, dengan aktiviti ini mereka dapat mengesan bakat yang berada di dalam diri mereka disamping untuk memberikan hiburan kepada mereka setelah seharian belajar untuk mengelakkan mereka stress

Explorace Solat:

Explorace ini adalah merupakan aktiviti belajar sambil bersenam. Setiap kumpulan perlulah menjawab setiap soalan yang diberikan mengenai bahagian-bahagian di dalam solat supaya mereka lebih ingat. Denda akan diberikan sekiranya mereka tersalah dan mereka perlulah menjawab sehingga betul

Solat Secara Berjemaah:

Setiap peserta diwajibkan untuk solat secara berjemaah 5 waktu sehari . Mereka juga akan di tekankan untuk melakukan solat sunat qabliah dan ba'diah. Selain itu, mereka akan dikejutkan seawal pukul 5 pagi bagi menunaikan solat sunat tahajjud dan hajat

ANTARA GAMBAR-GAMBAR PESERTA-PESERTA
 KEM PADA TAHUN 2012:

KEM ANAK SOLEH DAN SMART SOLAT SESI MEI 2012



KEM ANAK SOLEH DAN SMART SOLAT (7-12 tahun)
SESI NOVEMBER 2012



KEM ANAK SOLEH DAN SMART SOLAT (13-17 tahun)
SESI NOVEMBER 2012




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...